Tasik Idaman, Bangi

Bagi yang bertukar selera dan melaku aktiviti-aktiviti yang berlainan seperti memancing, karaoke, paintball dsb.

Maklumat berkenaan boleh dilayari di http://tasikidaman.blogspot.com/

Kawasan Baru, Surau Al-Hijrah

Salam semua. Agak lama juga tidak mengemaskini blog ini. Kiriman terakhir adalah pada Mei 2009. Ini dan November 2009. Apa terjadi? Sibuk.... termasuk sibuk pindah rumah.

Ya, betul. Saya dah berpindah ke kawasan baru yang digelar SP5 atau nama panjangnya Seriputra5 (http://seri-putra5.blogspot.com/). Masih di kawasan Bandar Seri Putra. Ini dah dekat 3 bulan disini (saya pindah 1 Ogos 2009).

Dipendekkan cerita, saya menghadiri mesyuarat agong surau berdekatan. Memang dekat hanya beberapa langkah sahaja, walaupun saya jarang ke sana atas sebab kerja atau keletihan. Tapi masih ingin melihat karyah surau berdekatan rumah aktif. Makanya saya turut hadir dalam mesyuarat semalam (8 Nov 2009). Nama surau... Suarau Al-Hijrah (http://suraualhijrah.blogspot.com/).

Secara sepontan, saya telah dilantik untuk sama-sama mengembangkan surau tersebut dan saya berharap saya dapat melakukannya dalam tempoh lantikan tersebut. Doakan saya.

Kena cukai tambahan

Saya menerima surat daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) memaklumkan "Taksiran Tambahan Tahun Taksiran 2007". Masa dapat surat tersebut, apa lagi menyumpah-nyumpahlah LHDN sebab semenjak 3 tahun lepas saya dah menggunakan perkhidmatan e-Filling. Maka tak mungkinlah saya silap isi borang e-Failling itu!

Maka, tadi mulalah menalifon no telefon khodmat pelanggan LHDN di 1300-883010. Pengawai ditalian amat ramah dan membantu sebaik mungkin. Beliau dilengkapkan dengan sistem LHDN yang boleh memeriksa akaun LHDN kita dengan hanya memaklumkan nombor rujukan cukai kita.

Penerangan yang diberikan amat menyenangkan hati saya. Kalau dalam surat ditulis sebagaimana yang diterangkan oleh pegawai ini kan mudah! Rupa-rupanya, ini cukai tambahan mengikut taksiran 2008 yang mana saya ada menyatakan jumlah bonus tahun 2007 yang belum dikira. Bukanya salah sistem dan bukannya salah saya. Salah surat ini. Tak ada cerita apa-apa, tapi hanya ada jumlah taksiran tambahan.

Kemudian, pegawai tersebut adalah mencadangkan menalifon terus ke LHDN Jalan Duta (fail saya letakknya disini). Katanya kalau terus ke Jalan Duta, boleh semak dan boleh minta ansuran.

Saya pun menalifon 03-62091000 dan disambungkan kepada Cik Aziati (talian terus 03-62091559). Setelah perkenalkan diri dan maklum apa tujuan telefon, beliau pun memaklumkan akan menghantar surat terbaru untuk kemaskini akaun memaklumkan berapa lagi yang saya terhutang dengan LHDN. Bagus, tapi saya tanya juga tentang surat ini yang menyuruh melangsaikan dalam masa 30 hari. Maklumbalas yang saya terima sangat baik, tak perlu bayar dulu sampai dapat surat terkini. Serta saya akan bayar secara ansuran.

Bagaimana nak tahu tarikh matang Max InvestSave (PSSIA-i)?

Awal tahun 2009 baru-baru ini, saya dan keluarga mula membuat simpanan dalam CIMB Max InvestSave atau dikenali sebagai PSSIA-i oleh pegawai bank. Oleh kerana semasa membuka akaun ini tidak disertakan dengan buku, maka apa yang saya buat adalah dengan menulis nombor akaun dalam buku akaun simpanan CIMB setiap penama.

Tetapi untuk mendapat tarikh matang yang berbeza, kami sekeluarga menyimpan dalam 2 akaun PSSIA-i yang berbeza. Persoalannya adalah bagaimana ingin mengetahui tarikh matang setiap akaun tersebut.

Maka, pagi tadi saya telah mengunjungi salah sebuah cawangan CIMB untuk bertanyakan perkara tersebut. Malangnya, pegawai tersebut pun tidak dapat membezakannya. Maka, dia meminta kebenaran mendapatkan nombor telefon saya untuk penyelidikan lanjut. Baru sebentar tadi, pegawai tersebut menghubungi saya untuk memaklumkan saya bagaimana hendak mengenalpasti akaun dan tarikh matangnya.

Secara amnya ada empat (4) tarikh matang: 15, 20, 25 dan 30 tahun.

Kalau kita lihat nombor ketiga dan kedua terakhir, kita akan dapat tahu tarikh matangnya. Jika nombor ketiga dan kedua terakhir seperti berikut, maka:
  • 23, tarikh matang 15 tahun
  • 24, tarikh matang 20 tahun
  • 25, tarikh matang 25 tahun
  • 26, tarikh matang 30 tahun
Jadi selepas ini mudahlah untuk saya sekeluarga untuk menambah pelaburan. Kami bercadang untuk menabung dalam tempoh matang paling kurang. Apabila matang, alihkan ke akaun yang satu lagi. Ini dengan harapan dapat memaksimakan pelaburan kami.

Mendapat khidmat KC Choo

Baru balik daripada mendapatkan khidmat pakar mata KC Choo di jalan Ipoh, KL. Anak nombor tiga Ahmad Hazim yang mempunyai masalah "Lazy Eye". Alhamdulillah setelah menjalankan 'treatment' dengan menutup mata sebelah (tutup mata yang elok, dan biarkan mata kurang elok berfungsi) selama hampir 2 bulan, telah ada sedikit perubahan. Bagaimanapun 'treatment' tersebut masih perlu dilakukan untuk bulan ke-3 dan ke-4 supaya ianya lebih fokus terutama untuk melihat objek yang lebih kecil. Harapan kami supaya ianya akan berjaya.

Kemaskini blog

Apa yang saya telah kemaskini:

  • Tukar template blog
  • Satukan beberapa blog terdahulu dan tidak aktif
  • Menambah beberapa gajet
  • Mula tulis di blog ini
  • Insya-Allah akan terus menulis di sini