Kawasan Baru, Surau Al-Hijrah

Salam semua. Agak lama juga tidak mengemaskini blog ini. Kiriman terakhir adalah pada Mei 2009. Ini dan November 2009. Apa terjadi? Sibuk.... termasuk sibuk pindah rumah.

Ya, betul. Saya dah berpindah ke kawasan baru yang digelar SP5 atau nama panjangnya Seriputra5 (http://seri-putra5.blogspot.com/). Masih di kawasan Bandar Seri Putra. Ini dah dekat 3 bulan disini (saya pindah 1 Ogos 2009).

Dipendekkan cerita, saya menghadiri mesyuarat agong surau berdekatan. Memang dekat hanya beberapa langkah sahaja, walaupun saya jarang ke sana atas sebab kerja atau keletihan. Tapi masih ingin melihat karyah surau berdekatan rumah aktif. Makanya saya turut hadir dalam mesyuarat semalam (8 Nov 2009). Nama surau... Suarau Al-Hijrah (http://suraualhijrah.blogspot.com/).

Secara sepontan, saya telah dilantik untuk sama-sama mengembangkan surau tersebut dan saya berharap saya dapat melakukannya dalam tempoh lantikan tersebut. Doakan saya.

0 ulasan: