Awal tahun 2009 baru-baru ini, saya dan keluarga mula membuat simpanan dalam CIMB Max InvestSave atau dikenali sebagai PSSIA-i oleh pegawai bank. Oleh kerana semasa membuka akaun ini tidak disertakan dengan buku, maka apa yang saya buat adalah dengan menulis nombor akaun dalam buku akaun simpanan CIMB setiap penama.
Tetapi untuk mendapat tarikh matang yang berbeza, kami sekeluarga menyimpan dalam 2 akaun PSSIA-i yang berbeza. Persoalannya adalah bagaimana ingin mengetahui tarikh matang setiap akaun tersebut.
Maka, pagi tadi saya telah mengunjungi salah sebuah cawangan CIMB untuk bertanyakan perkara tersebut. Malangnya, pegawai tersebut pun tidak dapat membezakannya. Maka, dia meminta kebenaran mendapatkan nombor telefon saya untuk penyelidikan lanjut. Baru sebentar tadi, pegawai tersebut menghubungi saya untuk memaklumkan saya bagaimana hendak mengenalpasti akaun dan tarikh matangnya.
Secara amnya ada empat (4) tarikh matang: 15, 20, 25 dan 30 tahun.
Kalau kita lihat nombor ketiga dan kedua terakhir, kita akan dapat tahu tarikh matangnya. Jika nombor ketiga dan kedua terakhir seperti berikut, maka:

- 23, tarikh matang 15 tahun
- 24, tarikh matang 20 tahun
- 25, tarikh matang 25 tahun
- 26, tarikh matang 30 tahun
0 ulasan:
Catat Ulasan